Rabu, 9 November 2016

Tempat-tempat menarik di Johor

Terdapat beberapa tempat yang menarik di Johor patut di lawati

1.Masjid Sultan Abu Bakar

Terletak tidak jauh daripada Zoo Johor, merupakan satu daya tarikan kerana masjidnya yang tua dan bersejarah. Masjid Sultan Abu Bakar memang unik dan jika anda berkunjung ke Johor Bahru, silalah melawat Masjid ini.

2.Zoo Johor

Zoo Johor terletak berhampiran dengan Masjid Abu Bakar di jalan Gertak Merah. Zoo ini merupakan zoo tertua di Malaysia dan hampir 100 lebih speasis haiwan di dalam zoo ini. Jika anda berada di Johor Bahru, jom singgah zoo ini.

3.Danga Bay
Credit: www.travel2malaysia.com.my
Tempat yang popular satu ketika dahulu, kerana ramai yang datang ke sini untuk bersantai-santai. Tetapi apakan daya, masa telah berubah, Danga Bay dijadikan tempat untuk membina apartment mewah sekarang ini, setakat artikel ini ditulis, ada beberapa apartment mewah yang masih dalam pembinaan. Apapun masih ada beberapa tempat untuk berjalan dan bersantai di Danga Bay ini.

4.Legoland Malaysia Resort

Tempat percutian yang popular terutama untuk kanak-kanak. Di sini banyak mainan seperti taman tema air dan lain-lain lagi. Sesuai untuk kanak-kanak yang berumur atas 3 tahun.

5.Hello Kitty Town
Credit: ppunlimited.blogspot.com
Terletak tidak jauh dari Legoland dan merupakan salah satu daya tarikan yang popular di sini. Apapun, jika anda singgah atau bercuti ke Legoland, bolehlah ke sini dan alami sendiri suasana Hello Kitty World.

6.Pusat Peranginan Desaru
Credit: www.azhafizah.com
Antara tempat menarik lain di Johor adalah pusat peranginan yang berada di sini. Salah satu pusat peranginan yang terkenal adalah Pusat Peranginan Desaru yang memang merupakan satu tempat yang sering dikunjungi dan mendapat tempat oleh warga Johor dan warga luar. Desaru semakin popular sejak adanya Lebuh Raya Senai Desaru dan semakin mudah untuk di akses ke Desaru. Merupakan salah satu tempat bercuti yang menarik bagi warga Johor. Jika berkesempatan, bolehlah ke sana untuk bercuti.

Antara pusat peranginan lain yang ada di Johor adalah di Mersing. Selain mempunyai banyak pulau, pusat peranginan di sini juga memang menarik. Antara tempat popular adalah Felda Residence Mersing, Pulau-pulau di sekitar Mersing dan macam-macam lagi tempat menarik lain.

7.Air Terjun Kota Tinggi
Credit: www.priceline.com
Antara air terjun popular adalah di Gunung Pulai. Selain air terjun, terdapat juga track untuk aktiviti jungle tracking di Gunung Pulai ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan